Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa di Mahkamah Sesyen Gua Musang, Kelantan atas tuduhan mengeluarkan perkataan menghasut di FELDA Perasu, pada 14 Ogos lalu. Presiden BERSATU itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.